Wednesday 28 May 2014

Pilihan Telefon Pintar Lenovo Terbaik Mei 2014

Pilihan Telefon Pintar Lenovo Terbaik Mei 2014


Kesemua model di bawah adalah RAM 2GB, tiada memory card slot dan bateri jenis tak boleh tanggal. Ada sebab kenapa semua telefon pintar sekarang dikurangkan ciri ini. Harga berbeza mengikut jenis jaminan samada jenis AP atau original. Semua ni adalah hasil undian pengguna yang dah beli model lenovo ni. Pilihan peribadi saya adalah model S860 sebab satu2nya model yang support 2 sim dan kapasiti bateri yang besar.
---------------------------------------
Lenovo S860
Skrin: 5.3 inches
Internal memory: 16 GB
Slot: 2 sim card
Bateri: 4000 mAh
Harga Pasaran: RM 700 - 1030
---------------------------------------
Lenovo K900
Skrin: 5.5 inches
Internal memory: 16/32 GB
Slot: 1 sim card
Bateri: 2500 mAh
Harga Pasaran: RM 900 - 990
---------------------------------------
Vibe X S960
Skrin: 5.0 inches
Internal memory: 16/32 GB
Slot: 1 sim card
Bateri: 2000 mAh
Harga Pasaran: RM 760 - 1100
---------------------------------------
Vibe Z K910
Skrin: 5.5 inches
Internal memory: 16 GB
Slot: 1 sim card
Bateri: 3000 mAh
Harga Pasaran: RM 970 - 1300
---------------------------------------

Dalam pasaran ada beberapa lagi model mengancam seperti Xiaomi MI3, Oppo dan lain-lain.

Sekian untuk rujukan. Kalau dah beli nanti / sedang guna model di atas, sudilah share kat komen ye...

Tuesday 21 January 2014

Weekly Pay adalah SCAM

Weekly Pay adalah SCAM...

Salam sahabat,

Mohon hati-hati dengan promosi WeeklyPay. Jangan buang masa anda melengkapkan banyak survey kononnya untuk tambah pendapatan. Memang pada awalnya kita boleh lihat jumlah pendapatan dalam akaun semakin meningkat. Masalah akan bermula apabila anda ingin "withdraw" dari akaun tersebut walaupun telah capai amaun dibenarkan. Urusan withdraw tidak dibenarkan dengan alasan survey tidak lengkap...

Boleh lihat sendiri aduan beberapa orang yang dah terkena di 




Ingat, tiada jalan mudah untuk kaya, tambahan pula hanya sekadar isi survey.

Ikhlas dari,

Http://cikguvista.blogspot.com



Monday 28 October 2013

Amaran: Pendrive & Kad Memori Palsu di Pasaran Malaysia (16, 32, 64 GB)

Salam sejahtera buat semua pembaca blog.

Entri kali ni tentang pendrive & kad memori yang dijual secara berleluasa sejak akhir-akhir ni dalam harga yang murah yang mana "too good to be true". Ceritanya bermula apabila cikgu mengunjungi pasar malam pada Sabtu lepas (26/10/2013) dan terjumpa gerai "pendrive" dan kad memori yang dilonggok di atas meja. Wah! canggih zaman sekarang, peranti memori pun dah ada kat pasar malam. Antara yang cikgu nampak di situ,

Memori kad (SD)
- Samsung 16GB, 32GB dan 64GB
- Sandisk 16GB, 32GB dan 64GB

Pendrive
- Kingston  16GB, 32GB dan 64GB

.. dan apa yang menarik, semua harga "flat rate" sama iaitu RM25 sahaja setiap satu. Cikgu teruja dan dapatkan 1 unit kad memori SD SAMSUNG 32GB dan seunit Pendrive Kingston 32GB. Jadi, korbanlah RM50 yang mana dah boleh peli dua pek bijirin sihat Chia Seeds...

Masa beli tu cikgu dah tekad nak cuba uji keupayaan memori sebenar kerana masa dulu pernah terkena pendrive palsu dari China.



Pada dua hari berikutnya cikgu pasang kedua-dua (cikgu panggil peranti memori aje lah) tu pada komputer dan saiz yang dipaparkan adalah sama seperti pada label pek iaitu 32GB setiap seunit.

Untuk lebih memuaskan hati, cikgu pun buat dua fasa ujian untuk kedua-dua unit peranti memori tersebut.



Ujian Fasa 1 - "Copy" pecahan fail dan "folder" sebanyak 20GB ke dalam peranti memori tersebut sehingga selesai.

Ujian Fasa 2 - Guna aplikasi h2testw.exe untuk ujilari keupayaan "read & write" memori. (muat turun percuma di http://www.softpedia.com/get/System/System-Miscellaneous/H2testw.shtml)

Dan hasil penemuan, kedua-dua peranti memori tersebut mengalami proses kegagalan kedua-dua fasa ujian tersebut. Kegagalan Ujian Fasa 1 dikesan selepas proses "copy" selesai dimana imej "folder" hilang dan beberapa fail yang disalin "corrupt" sepanjang proses pemindahan. Fail video yang telah dipindahkan, gagal dimainkan.

Begitu juga hasil Ujian Fasa 2, didapati kedua-dua peranti memori tersebut dikesan ada masalah "defective" dimana hanya kurang 200MB data saja yang berjaya ditulis. Sila rujuk gambar di bawah...



Status memori setelah selesai Ujian Fasa 1.


"Folder" dan fail yang hilang selepas Ujian Fasa 1.


Keputusan Ujian Fasa 2: Kad Memori SD Samsung 32GB


Keputusan Ujian Fasa 2: Pendrive Kingston 32GB


Untuk menguji kesahihan aplikasi H2testw ni, cikgu ujilari pendrive 8GB kepunyaan kawan (Terima kasih Puan Alia ICT) berikut.

Pendrive 8GB kepunyaan Pn Alia

Keputusan Ujian Fasa 2: Pendrive 8GB kepunyaan Pn Alia

Jadi, memang betullah aplikasi H2testw tu tiada masalah.

Kesimpulannya,

Jangan beli sebarangan peranti elektronik yang harganya "too good to be true"...

Sila ujilari dengan TELITI dulu peranti elektronik tersebut jika diberi peluang...

Ingatlah, data yang hilang tidak akan dapat diganti walaupun dengan beribu-ribu unit pendrive / kad memori. Beringat sebelum terkena. Biar alah membeli asal menang memakai...


P/S: Tujuan pendedahan ini adalah untuk menyedarkan orang ramai. Tiada niat untuk menutup periuk nasi orang yang menjualnya. Minta maaf jika ada sebarang terkasar bahasa.

- Cikgu K.Z

Wednesday 2 January 2013

10 Kelemahan Ipad Mini

Review pengalaman guna Ipad Mini berbanding Android.




10 Kelemahan Ipad Mini Out-of-Box (non jailbreak), original by Maruz.





1. Tiada built-in file manager/explorer yang centralized untuk akses segala fail/dokumen dalam memori.

2. Tiada setting untuk set network data mode kepada 3G only.

3. Tak boleh transfer gambar atau fail lain melalui bluetooth walaupun sesama gajet Apple (tanpa 3rd party apps).

4. Tak boleh attach lebih dari satu dokumen sebagai attachment dalam satu emel pada app Mail sedia ada.

5. Masalah statistik bateri jika cas bawah 5%. (IOS 6 je kot?)

6. Tak boleh copy file movie, gambar atau semua jenis fail kalau tak convert/transfer melalui iTunes terlebih dahulu.

7. Homescreen tak support widget. (contohnya jam besar dan lain-lain).

8. Setting fungsi kamera/video yang terhad (tak boleh set timer, tukar resolution dan sebagainya).

9. Tiada fungsi untuk clear all running apps sekaligus, sebaliknya kena padam satu persatu.

10. Tiada sokongan pada aplikasi Adobe (flash dan sebagainya)



Sekali lagi diingatkan, ini adalah kelemahan Ipad Mini out-of-box (non jailbreak). Harap dapat bagi cadangan penyelesaian tanpa perlu "jailbreak".



Terima kasih.



P/S: Bagi pengguna Android tegar di luar sana, lupakan untuk mencuba IOS Apple ini jika tidak bersedia dengan kelemahan ini.

Friday 9 November 2012

Kaedah Install Papago M9 dalam Android

Masa artikel ini ditulis, kecoh satu Malaysia tentang perlaksanaan sistem AES yang berperanan mengurangkan kadar kemalangan jalan raya. Ramai pengguna jalan raya mencari alternatif untuk mendapatkan GPS yang menyenaraikan lokasi kamera AES di seluruh Malaysia. Kali ini penulis ingin berkongsi kaedah memasang (install) aplikasi Papago M9 yang terkini pada peranti pintar android anda. Ditujukan kepada semua pengguna android khususnya kepada Suehana, rakan Ex-IS221 yang diingati dan MrHadWatEva...


Sila ikuti langkah demi langkah berikut:
  1. Muat turun fail buahkelapamuda.rar dari pautan http://www.upgrand.com/m8imx7dkq2ts (jangan terkeliru dengan iklan butang download). Ini pula untuk crack (jika perlu /optional) http://www.mediafire.com/?nqbugrokrr9iiol .
  2. Unzip atau extract fail tersebut. Sila salin (copy) folder NaviSEA ke dalam memori peranti android anda.
  3. Selesai je salin fail tersebut, sila gunakan peranti android anda untuk mengakses folder tersebut.
  4. Pilih fail bernama Navitotal! M9SEA.apk. Pastikan anda telah tandakan tick pada Unknown Sources di bahagian menu Security peranti android anda.
  5. Tunggu sehingga proses pemasangan (install) selesai.
  6. Siap.

Berikut pula adalah kaedah mengemaskini peta terkini 6/11/2012 yang mengandungi lokasi AES di seluruh Malaysia.

  1. Sila muat turun fail menggunakan PC atau laptop di http://www.mediafire.com/?ruozdueaicl5ds3 atau https://www.yousendit.com/download/WUJhb3BKYUlRYS9Sc01UQw .
  2. Extract fail tersebut ke dalam satu folder yang dinamakan MFM-PPG-X8.5-X9-121106.
  3. Salin (copy) folder MFM-PPG-X8.5-X9-121106 ke dalam memori peranti android anda iaitu di folder NaviSEA/Maps.
  4. Dengan menggunakan peranti android tersebut, aktifkan fungsi GPS.
  5. Buka aplikasi Navitotal!.
  6. Akses menu Setting > Map Version dan pilih nama MFM-PPG-X8.5-X9-121106 yang tertera di situ.
  7. Tahniah, GPS Papago M9 telah dikemaskini dengan peta terbaru lengkap dengan amaran AES. Ciri-cirinya (English, malas nak tranlate)
  • Speed camera alert & icon display. *New! - AES Speed Camera Alert Included.
  • Junction views.
  • Lane assists.
  • 3D Buildings (courtesy of Papago).
  • Shaded intersections.
  • Toll booth alert (Selected toll roads).
  • Speed limit sign.
  • Fast POI search.
  • Custom POI icons.
  • Malaysia highway symbol.
  • Announce approaching underpass, flyover, bridge, tunnel, parking area and rest area.
  • Singapore postal code.
  • Coverage of Malaysia, Singapore and Brunei.
    Berikut adalah screenshot berkaitan..






    Itu sahaja, terima kasih...



    - Credit to Ddos, rakan CG...        

    Tuesday 31 July 2012

    Kaedah ROOT Galaxy Note ICS 4.0.3 & 4.0.4

    Cara nak ROOT Galaxy Note untuk versi ICS 4.0.3 dan 4.0.4

    Hanya 8 Langkah MUDAH!

    1) Muat turun fail [CWM zip] dan letak dalam External SDCARD , kemudian muat turun fail [ SUPERSU-Busybox-Installer.zip ] ke dalam Internal SDCARD (internal memory).

    2) Restart masuk dalam mod Recovery (Tekan butang VolUp+Home+Power serentak).

    3) Pilih menu "apply update from external storage". (Guna butang Vol Up/Down untuk akses menu, dan tekan butang Power untuk pilih)

    4) Pilih fail CWM.zip yang dimuat turun tadi dan tunggu sehingga CWM Recovery dipaparkan.

    5) Pilih menu "install zip from sdcard" (sekarang dah boleh pilih guna touchscreen).

    6) Cari, pilih dan install SUPERSU-Busybox-Installer.zip.

    7) Dah selesai install, pilih menu "Reboot System Now".

    8) Bila semua dah habis loading, sila cari dan pilih aplikasi SuperSU (icon bersimbol # warna biru) dan sila buat "update binary" (capaian internet diperlukan).

    9) Tahniah, Galaxy Note anda telah di ROOT dengan kaedah terkini.

    - Sumber Dr Ketam Ketan XDA

    Wednesday 30 May 2012

    Cara – Cara Root Samsung Galaxy Note ICS 4.0.3

    Cara – Cara Root Samsung Galaxy Note ICS 4.0 (DXLP9)




    Sebelum memulakan proses root Samsung Galaxy Note ICS 4.0 (DXLP9) anda, pastikan smartphone anda sudah pun di upgrade ke ICS 4.0.3 (DXLP9). ( Setting -> About Phone -> Rujuk Firmware, Baseband version dan Kernel ).

    Sebelum itu, faham dulu apa maksud ROOT...

    Apa Itu Root?


    Root merupakan satu proses yang membolehkan pengguna peranti smartphone, tablet dan peranti yang menggunakan sistem operasi Android mendapat akses penuh ke atas fail subsistem Android. Proses root dijalankan untuk melepasi had yang ditetapkan oleh syarikat penyedia servis dan juga pengeluar peranti bagi membolehkan pengguna menukar sistem setting dan aplikasi yang secara default tidak boleh diakses oleh pengguna tanpa root.


    Kelebihan Root

    Antara kelebihan peranti yang di root ialah; Peningkatan prestasi dan kelajuan, kebebasan untuk mengubah looks and feel peranti Android mengikut citarasa sendiri, kebebasan untuk customize aspek Kernel, ROM, meningkatkan prestasi bateri dan sebagainya.




    Langkah seterusnya, sila lawati laman web ini
     
     
    Credit to mobilityworlds.com

    Monday 14 May 2012

    Galaxy Note ICS LPY 4.0.3 (Open Germany) Review

    Galaxy Note ICS LPY 4.0.3 (Open Germany) Review...




    Skala Kepuasan ICS LPY 4.0.3 VS GB 2.3.6 (1-sangat teruk 5-terbaik)

    -Premium Suite (S-Note, S Memo2): 5/5 (Memang banyak penambahbaikan)

    -Kelancaran Touchwiz/UI: 5/5 (Licin macam sabun)

    -Data Usage Monitor: 5/5 (Fungsi terbaik untuk monitor penggunaan data dan wifi)

    -Internet Browser: 4/5 (Ada penambahbaikan tapi masih tiada fungsi "exit")

    -Facelock: 4/5 (Fungsi bagus tapi sangat membazir bateri)

    -Status Bar: 3/5 (ada butang "setting" tambahan, boleh add on % level bateri)

    -Prestasi bateri: 1/5 (Sangat teruk, hilang 40% ketika sedang standby 7 jam tanpa Data dan Wifi)

    -lain-lain fungsi masih sama seperti Gingerbread.


    Hasil eksperimen 3 hari menggunakan ICS LPY ni, penulis bercadang untuk menukar kepada CustomROM ICS lain yang berasaskan LPY kerana masalah bateri yang teruk. Penulis percaya terdapat pembangun ICS yang bagus di forum XDA, dapat mengatasi masalah bateri yang teruk tu. Bila dah nikmati kecanggihan dan kelancaran ICS ini, rasanya tiada jalan penulis kembali menggunakan Gingerbread. Dinasihatkan kepada pengguna Galaxy Note yang belum/berhajat untuk root, sila bersabar sementara ICS versi Malaysia dilancarkan dalam beberapa minggu lagi.

    Friday 20 April 2012

    Maksud simbol network pada Smartphone

    Kebelakangan ini (semasa artikel ini ditulis), ramai pengguna telefon pintar di Malaysia mengalami perubahan simbol pada ikon rangkaian. Ada yang perasan dan ada yang tak ambil tahu pun. Adakah anda sedar simbol 3G atau H pernah berubah kepada H+ (lihat gambar)? Apakah maksudnya? Jadi artikel kali ini akan diterangkan maksud singkatan dan kelajuan muat turun setiap simbol tersebut.



    G = GPRS (General Packet Radio Service)
    (purata kelajuan muat turun 56-114 kbit/s)

    E = EDGE (Enhanced Data rates for GSM Evolution)
    (purata kelajuan muat turun 400 kbit/s)

    3G = Basic 3G
    (purata kelajuan muat turun 384-512 kbit/s)

    H = HSDPA (High-Speed Downlink Packet Access)
    (kelajuan muat turun boleh capai sehingga 1.8 Mbit/s)

    H+ = HSPA+ (High Speed Packet Access)
    (kelajuan muat turun boleh capai sehingga 337 Mbit/s) WooooooW!

    Thursday 26 January 2012

    BAB 2: Install ClockWorkMod Recovery (CWM)

    CWM merupakan perisian yang boleh membuka kunci potensi peranti android anda. Dengan menggunakan CWM, anda boleh memasang CustomROM, membuat backup ROM, memasang theme, kernel dan applikasi.


    Sebelum memasang (install) CWM ni, anda perlu ROOT dulu Galaxy Note (rujuk BAB 1).

    Berikut adalah langkah demi langkah memasang (install) CWM.

    1) Pastikan USB Debugging (Setting->Applications->Development) bertanda tick di dalam Galaxy Note.

    2) Kemudian, sila akses menu Setting->About Phone dan lihat tiga (3) karakter terakhir di bahagian Build Number. Contohnya saya punya adalah “KKA”. Sambungkan Galaxy Note pada PC anda.

    3) Lepasi tu muat turun GalaxyNoteRecovery.zip (klik sini) ke dalam PC anda.

    4) Unzip GalaxyNoteRecovery.zip ke partition C:\GalaxyNoteRecovery\ di PC anda.

    5) Buka Command Prompt di PC anda (Menu All Programs->Accessories->Command Prompt).

    6) Sila taip cd \GalaxyNoteRecovery .

    7) Kemudian taip:

    adb devices

    Tekan Enter.

    8) Kalau ada keluar penyataan “list of devices attached” dengan nombor siri di bawahnya bermakna sambungan Galaxy Note anda tiada masalah.

    9) Kemudian kod seterusnya anda perlu gantikan KKA dengan 3 karakter Build Number anda sendiri. Anda perlu taip:

    adb push KKA\zImage /data/local/zImage

    dan tekan Enter.

    10) Selepas tu taip:

    adb shell

    Tekan Enter.

    11) Kemudian taip:

    su

    Tekan Enter.

    12) Teruskan dengan taip:

    dd if=/data/local/zImage of=/dev/block/mmcblk0p5 bs=4096

    dan tekan Enter.

    13) Seterusnya taip:

    rm /data/local/zImage

    juga tekan Enter.

    14) Dan akhir sekali taip:

    reboot

    Dan tekan Enter.

    15) Galaxy Note anda akan reboot dan kemudian anda dapat perhatikan dalam senarai aplikasi terdapat aplikasi CWM.

    16) Untuk menguji CWM ini berfungsi atau tidak, silap tekan butang VolumeUp+Home+Power secara serentak selama beberapa saat, Galaxy Note akan reboot dan anda akan lihat paparan menu bertulisan biru. Pada mode ini touchscreen tidak lagi berfungsi. Sila pilih menu Reboot System dengan menekan butang power.

    Seterusnya bab membuat backup original ROM.

    Wednesday 25 January 2012

    BAB 1: Cara Root Galaxy Note

    Sebelum anda mulakan, saya ingin menjelaskan yang saya tidak akan bertanggungjawab sekiranya langkah-langkah ini boleh merosakkan serta mengagalkan fungsi peranti yang anda gunakan. Segalanya di bawah risiko anda sendiri. Berani buat, beranilah tanggung.



    1) Mula-mula pastikan anda install perisian Samsung KIES pada PC anda.

    2) Kemudian Set Galaxay Note anda kepada USB Debugging mode dengan menandakan tick pada menu USB Debugging ON (Settings->Application->Development).

    3) Sambung Galaxy Note anda pada PC.

    4) Muat turun fail GalaxyNoteRoot.zip (klik sini) . Unzipkan fail tersebut terus ke partition C:\GalaxyNoteRoot\ di dalam hardisk anda.

    5) Kemudian double click fail runme.bat.

    6) Dalam masa sekitar 5 minit (atau kurang) proses rooting akan berlaku. Selepas itu, Galaxy Note anda akan reboot.

    7) Selesai.

    8) Untuk menguji, cuba install aplikasi SetCPU(sebagai contoh) dan anda akan lihat popup “Super User Request”.

    Ini tutorial untuk root sahaja.

    Tutorial seterusnya bagaimana untuk install ClockWorkMod Recovery (yang membolehkan anda masukkan customROM ke dalam GalaxyNote anda).

    Bersambung...

    Sunday 22 January 2012

    10 aplikasi wajib Galaxy Note saya

    Salam pembaca blog,

    Memandangkan ada beberapa pelawat blog ada bertanya aplikasi yang bagus untuk diinstall, dengan ini saya share lima atau 10 aplikasi wajib (tidak termasuk game) untuk Galaxy Note.




    1) Battery Mix - Untuk semak kapasiti bateri, suhu, set alarm kalau bateri penuh, bateri icon dan pelbagai fungsi berkaitan bateri.

    2) Snappz Market - Pasar malam sumber aplikasi full version.

    3) Whatsapp - instant multimedia messaging.

    4) Friendcaster - 3rd party Facebook client.

    5) Tweetcaster - 3rd party Twitter client.

    6) Antutu -  Untuk benchmark prestasi anddroid anda.

    7) SetCPU - Untuk setting kelajuan CPU gajet anda. Siap boleh overclock.

    8) MySolat - Aplikasi wajib untuk waktu solat dan arah kiblat. Dibangunkan oleh Syakir.

    9) Yahoo Mesengger - YM versi android.

    10) Mobo Player - Untuk video playback.